China dan Thailand perlu meningkatkan komunikasi strategik, menyepadukan strategik pembangunan, memperkasakan kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, merancakkan program pertukaran dalam kalangan rakyat serta merapatkan koordinasi dalam rangka kerja pelbagai hala.
Hasrat tersebut diluahkan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Perdana Menteri Thailand, Prayuth chan-o-cha sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-11 di Hangzhou, pesisir tenggara China, semalam.
Menurut Xi, hubungan yang akrab dan mesra antara Beijing dengan Bangkok sudah terjalin sejak sekian lama.
China berharap agar ikatan perkongsian komprehensif antara kedua-dua negara dapat dikukuhkan lagi.
Dalam pada itu, Prayuth berkata, kehadiran beliau dalam sidang kemuncak tersebut, selaku ketua negara pengerusi bergilir Kumpulan 77, memperlihatkan sokongan padu negara-negara membangun terhadap China yang menjadi tuan rumah bagi sidang yang berprestij itu.
Tambah beliau, Thailand akan berusaha untuk memperluas kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelancongan dan prasarana.