Cari:
Empat Kes Bebas Zika, Enam Lagi Belum Diketahui
2016-09-05 16:06:50 CRI Cetak

Seramai 10 suspek yang disyaki menghidap jangkitan virus zika di Johor menjalani ujian saringan kesihatan sejak kes virus terbabit mula dikesan menular di Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat, berkata ujian saringan dijalankan oleh Makmal Kesihatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Makmal Pusat Kesihatan Besar di Johor Bahru.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, empat kes disahkan bebas daripada jangkitan Zika, iaitu membabitkan dua suspek yang bekerja di Singapura, seorang mempunyai hubungan dengan pekerja di Singapura, manakala seorang lagi kes baharu.

Sementara itu, bagi enam kes lagi, pihaknya masih menunggu keputusan ujian makmal.

Daripada jumlah itu, satu kes masing-masing dikesan di daerah Tangkak, Kota Tinggi dan Kulai di negeri Johor, manakala satu lagi kes dilaporkan di Pekan, Pahang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bilik Ujian Saringan Triage, Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) hari ini. Yang turut hadir, Pengarah HPSF, Dr. Selahuddeen Abdul Aziz.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut menafikan laporan sebuah agensi berita yang mendakwa kes membabitkan jangkitan Zika di Sabah berpunca dari negeri tersebut.

Tambah beliau, sekiranya berpunca dari Johor, maknanya negeri Johor sudah ada kes tetapi sehingga 3 September lalu, tiada kes virus Zika dikesan di Johor. Sekiranya ada maklumat terbaru, akan dimaklumkan kemudian.

(sumber Berita Harian Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China