Lawatan pemimpin Vietnam ke China diharap dapat mengeratkan lagi komunikasi strategik antara satu sama lain dan memperkasakan kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, hingga membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing hari ini.
Dimaklumkan, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 10 hingga 15 September depan, di samping menghadiri Ekspo China-ASEAN ke-13.