Cari:
Indonesia Terap "Cadangan China" dalam Pertumbuhan Ekonomi
2016-09-06 13:15:15 CRI Cetak

Indonesia, selepas memperoleh ilham daripada "Cadangan China" yang disyorkan Presiden Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou baru-baru ini, akan melipatgandakan usaha untuk membangunkan ekonomi digital, ekonomi kreatif, ekonomi maritim dan ekonomi pendidikan.

Demikian dinyatakan Prof. Jona Widhagdo Putri dari Universiti Indonesia ketika diwawancara pemberita Radio Antarabangsa China (CRI).

Menurut beliau, dengan memanfaatkan "Cadangan China", iaitu formula yang diberikan Presiden Xi untuk merawat kelembapan ekonomi dunia, maka pertumbuhan ekonomi Indonesia dalam empat aspek tersebut bakal dirangsang hingga mencapai prestasi yang membanggakan.

Selain itu, kerjasama saling menguntungkan yang dilaksanakan oleh kedua-dua negara juga akan dijayakan.

Menurut Prof. Jona, ekonomi digital adalah antara bidang yang perlu diberi perhatian pada ketika ini.

Hangzhou menjadi bandar yang mencatat pertumbuhan paling pesat dalam ekonomi digital di China setelah tertubuhnya gergasi e-dagang, Alibaba di sana.

Sejurus tiba di bandar itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengadakan kunjungan ke syarikat e-dagang terbesar China itu, dengan membawa harapan agar ekonomi digital Indonesia bakal dipacu dengan bantuan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China