Cari:
Talian Penting Dilancarkan
2016-09-08 10:39:14 CRI Cetak

China dan ASEAN bersetuju untuk mempertimbangkan dan meluluskan garis panduan bagi memperkenalkan talian penting yang akan digunakan oleh pegawai kanan diplomatik sekiranya berlaku sebarang kecemasan di wilayah maritim Laut China Selatan.

Garis panduan tersebut adalah antara empat dokumen penting yang diluluskan dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China (10+1) ke-19 di Vientiane, Laos, semalam.

Pelancaran talian penting tersebut mencerminkan hasrat China dan negara-negara Asia Tenggara dalam menjayakan kerjasama maritim berdasarkan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) serta iltizam kedua-dua pihak dalam menangani kontingensi maritim dan memelihara kedamaian di perairan berkenaan. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China