Cari:
Hubungan China-Malaysia Diharap Kian Kukuh
2016-09-08 11:05:28 CRI Cetak

China mahu melihat hubungan dengan Malaysia dapat melonjak ke tahap yang lebih tinggi menerusi jalinan kerjasama yang makin kukuh dalam pelbagai bidang.

Keinginan itu diluahkan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Nasional di Vientiane, Laos, malam tadi.

Keqiang berkata, China dan Malaysia, merupakan tetangga baik dan rakan kongsi yang boleh dipercayai. Hubungan kedua-dua negara yang terjalin sejak sekian lama menyaksikan pembangunan yang pesat, di samping kerjasama dalam bidang-bidang utama membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Beliau berjanji, Beijing akan terus menyumbang kepada kestabilan, kestabilan dan kemakmuran rantau.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan asas ikatan Kuala Lumpur-Beijing sebagai amat utuh. Negara itu menyambuk baik penglibatan perusahaan China dalam pembangunan prasarana dan projek Taman Industri yang dilaksanakan di Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China