Perdana Menteri China, Li Keqiang mengemukakan enam cadangan untuk mengoptimumkan mekanisme kerjasama "10+3" antara ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan, antaranya termasuklah menjamin keselamatan kewangan; memperkasakan kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan; menggerakkan usaha sama dalam pembangunan pertanian dan pembasmian kemiskinan; menyumbang kepada kesalinghubungan; menginovasi model kerjasama dalam kapasiti industri; serta merancakkan program pertukaran dalam kalangan rakyat.
Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun, Korea Selatan (10+3) ke-19 di Vientiane semalam, Keqiang menghargai pencapaian cemerlang yang diperoleh semua pihak dalam melaksanakan program kerjasama semenjak mekanisme tersebut diwujudkan kira-kira 19 tahun lalu.
Beliau mengesyorkan supaya negara-negara terbabit memanfaatkan sambutan ulang tahun genapnya 20 tahun pembentukan mekanisme "10+3" demi memacu mekanisme kerjasama tersebut dalam mendorong integrasi ekonomi rantau.