Cari:
Najib: Isu Laut China Selatan Perlu Ditangani Melalui Rundingan
2016-09-09 14:42:36 CRI Cetak

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia berpendirian bahawa isu-isu berkaitan keselamatan di Laut China Selatan (LCS) perlu ditangani secara rundingan.

Malah, semua pihak diminta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan di wilayah maritim itu.

Najib dalam ucapannya semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-29 di sini berkata perkara berkenaan turut dipersetujui semua pemimpin ASEAN.

Pemimpin ASEAN mempunyai pendapat yang sama dan perkara itu perlu dibawa ke dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China.

Tambah Najib lagi, sidang tersebut turut menyasarkan supaya Deklarasi Tata Laku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan pemakaian Kod Tata Laku di Laut China Selatan (COC) dilaksanakan pada tahun hadapan.

Sekiranya DOC dan COC dilaksanakan, isu Laut China Selatan dapat diuruskan tanpa ada ketegangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China