Cari:
China Sokong Pembinaan Komuniti ASEAN
2016-09-12 15:08:12 CRI Cetak

China akan terus meningkatkan kerjasama dan persahabatan dengan ASEAN, menyokong pembinaan Komuniti ASEAN, menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam kerjasama serantau dan memainkan peranan yang lebih besar dalam hal ehwal antarabangsa.

Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli ketika berucap merasmikan Ekspo China-ASEAN ke-13 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN di Nanning, wilayah Guangxi semalam.

Menurut beliau, China bersedia bersama-sama dengan ASEAN untuk memperluas konsensus dan kerjasama, meningkatkan pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 dan membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat.

Untuk memangkin usaha tersebut, beliau telah mengemukakan enam cadangan seperti berikut:

Pertama, melaksanakan "rangka kerjasama 2+7" dan pelan tindakan lima tahun ke-3 hubungan rakan strategik;

Kedua, meningkatkan kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa, melaksanakan "kenyataan bersama kerjasama kapasiti pengeluaran China-ASEAN" sehingga mewujudkan enjin penting demi pembangunan ekonomi yang saling melengkapi;

Ketiga, mengintensifkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, menggalakkan perdagangan kargo dan memudahkan perdagangan dan pelaburan, terus membuka pasaran perkhidmatan dan mendorong proses rundingan Perjanjian Hubungan Rakan Ekonomi Komprehensif;

Keempat, meningkatkan pembinaan kesalinghubungan supaya membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak;

Kelima, mengintensifkan kerjasama kewangan, mengoptimumkan peranan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) dan Tabung Laluan Sutera;

Keenam, meningkatkan interaksi dan kerjasama sosiobudaya.

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc; Perdana Menteri Komboja, Hun Sen; Presiden Myanmar, Myint Swe; Naib Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone; dan Naib Perdana Menteri Thailand, Prajin Juntong juga telah menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China