Cari:
Kerjasama China-Vietnam Saling Melengkapi
2016-09-13 11:47:07 CRI Cetak

China dan Vietnam merupakan negara jiran dan rakan yang rapat. Pembangunan kedua-dua negara saling melengkapi dan kerjasama boleh membawa manfaat bersama.

China berharap kedua-dua negara terus meningkatkan kerjasama maritim, darat dan kewangan, mendorong penyelarasan pembangunan dua hala dengan strategi pembangunan kawasan Sungai Lancang-Mekong, memperhebat kerjasama infrastruktur, kapasiti pengeluaran, pelaburan, perdagangan dan kewangan.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc di Beijing semalam.

Li menegaskan bahawa China dan Vietnam perlu berusaha bersama-sama untuk melindungi kestabilan laut, mengawal dan menangani perselisihan, mendorong kerjasama maritim dan menjaga keamanan serantau supaya menyediakan suasana bagi perkembangan hubungan dua hala.

Nguyen Xuan Phuc pula menyatakan bahawa kerajaan dan parti Vietnam memperkukuh dan terus mendorong perkembangan hubungan dengan China secara stabil dan sihat. Vietnam bersedia terus mengintensifkan rasa saling mempercayai politik, pertukaran peringkat tinggi, memainkan peranan mekanisme kerjasama antara kerajaan, meningkatkan kerjasama pelbagai bidang dan peringkat, memperluas pertukaran sosiobudaya dan penyelarasan dengan China dalam hal ehwal pelbagai hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China