Cari:
Serpihan Disyaki Milik MH370 Bukti Pesawat Terbakar
2016-09-13 12:29:20 CRI Cetak

Sebanyak lima lagi serpihan dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, ditemukan di Madagascar.

Menurut laporan Utusan, dua kepingan serpihan itu mempu­nyai kesan terbakar dan jika disahkan benar, itu merupakan penemuan pertama seumpamanya sejak misi pencarian dijalankan.

Semua serpihan itu ditemukan oleh seorang peguam dari Sea­t­tle, Amerika Syarikat (AS), Blaine Gibson yang pernah menemukan beberapa bahagian lain pesawat itu sebelum ini.

Blaine memberitahu, penemuan paling penting merupakan dua kepingan yang mempunyai kesan bakar, ditemukan di Sainte Luce, tenggara Madagascar.

Dalam pada itu, satu serpihan kecil ditemukan di kawasan sama manakala dua serpihan lagi di timur laut pantai Antsiraka dan Riaka.

Namun kesan itu masih belum dikenal pasti sama ada berlaku disebabkan oleh kebakaran iaitu sebelum atau selepas pesawat terhempas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China