Cari:
Perundingan Tahunan Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand
2016-09-13 12:32:27 CRI Cetak

Hubungan "tidak dapat dipisahkan" antara Malaysia dengan Thailand bakal dipereratkan lagi menerusi perundingan tahunan keenam yang baru berakhir antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha.

Najib pada sidang akhbar bersama-sama dengan Prayut pada akhir perundingan itu berkata, masa depan Malaysia dan Thailand selaku jiran terdekat, saling berkaitan.

Kedua-dua perdana menteri turut meminta menteri dan pegawai kerajaan masing-masing untuk saling bekerjasama dalam melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil pada perundingan itu.

Kedua-dua pemimpin juga menegaskan persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak pada perundingan itu perlu dilaksanakan segera untuk mencapai hasil yang diinginkan.

--Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China