Cari:
Kes Zika Singapura Meningkat kepada 333
2016-09-14 12:45:12 CRI Cetak

Lianhe Zaobao Singapura melaporkan, sejak virus zika menular di Singapura kira-kira dua minggu lalu, jumlah keseluruhan kes zika meningkat kepada 333 selepas empat kes baharu dilaporkan pada tengah hari semalam.

Pakar penyakit berjangkit ketika diwawancara menyatakan bahawa virus zika yang disebarkan oleh nyamuk aedes telah berakar umbi di Singapura. Meskipun virus zika dapat dihapuskan di Singapura, namun sukar untuk mencegah virus itu daripada dibawa masuk semula dari negara lain.

Pakar itu menegaskan bahawa tahap berbahaya virus zika, secara keseluruhan, tidak begitu tinggi. Oleh itu, tidak perlu terlalu bimbang mengenainya.

Namun, operasi pembasmian nyamuk perlu diperhebat dan penduduk dinasihati mengambil langkah-langkah berkesan untuk mengelakkan gigitan nyamuk.    

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China