Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi ditemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei merangkap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ІІ (Kedua), Dato Seri Setia Lim Jock Seng, dan Menteri Tenaga dan Perindustrian Brunei, Dato Seri Setia Mohammad Yasmin Umar di Beijing semalam.
Yang Jiechi berkata, hubungan saling mempercayai China-Brunei semakin kukuh selepas terjalinnya hubungan diplomatik sejak 25 tahun lalu.
Kedua-dua negara turut meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, menggalakkan interaksi sosiobudaya dan mendorong perkembangan hubungan dua hala.
Beliau berkata, China komited untuk mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif dengan Brunei.
Lim Jock Seng dan Mohammad Yasmin Umar masing-masing memuji hubungan kedua-dua negara dan menyatakan bahawa China dan Brunei mempunyai prospek kerjasama yang meluas.
Pihaknya menyambut baik hasrat kedua-dua negara untuk mempererat lagi hubungan dua hala.