Cari:
Kes Zika di Thailand Cecah 200
2016-09-15 14:56:07 CRI Cetak

Menurut kenyataan yang diumumkan Kementerian Kesihatan Thailand, sekurang-kurangnya 200 kes jangkitan virus zika telah dikesan di negara itu sejak bulan Januari lalu.

Ini kali pertama Kementerian Kesihatan Thailand mengumumkan jumlah jangkitan virus zika di negara itu pada tahun ini.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Thailand, Suwannachai berkata, jumlah kes jangkitan virus zika meningkat 20 seminggu secara purata dalam tempoh tiga minggu lalu.

Namun, beliau turut menasihati orang ramai supaya jangan panik, selain tidak perlu membatalkan pelan perjalanan.

Tambah beliau lagi, pihak-pihak berkuasa yang berkenaan sedang giat mengadakan kempen menghapuskan nyamuk sebagai langkah pengawalan dan pencegahan.

Pesakit yang dijangkiti virus zika telah mencecah 300 orang di Singapura sejak kes pertama dikesan pada 27 Ogos lalu.

Malaysia dan Filipina juga turut mengalami nasib yang sama apabila virus zika menular di kedua-dua negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China