Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-13 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS), yang berlangsung selama empat hari di Nanning, Guangxi China, telah melabuhkan tirainya semalam.
Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat CAEXPO, Wang Lei, ekspo pada tahun ini yang bertemakan "bersama-sama membina Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat" telah mencipta rekod kerana berjaya menganjurkan pameran dalam skala yang besar, selain menerima penyertaan paling banyak.
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Agung CABIS, Ding Yuanlong, sidang kemuncak tahun ini memulakan platform e-dagang rentas sempadan China-ASEAN, membentangkan laporan penyelidikan kemudahan perdagangan China-ASEAN dan menggalakkan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).