Cari:
Serpihan Ditemukan di Tanzania Milik MH370
2016-09-16 14:27:12 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam memaklumkan bahawa satu serpihan yang ditemukan di Pulau Pemba Tanzania, timur Afrika, pada 20 Jun lalu disahkan milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata, pengesahan itu diperoleh hasil daripada siasatan serta analisis menyeluruh oleh Biro Kese­lamatan Pengangkutan Australia (ATSB) terhadap tanda tarikh, nombor siri dan nombor pengenalan serpihan berkenaan.

Beliau berkata, beberapa nombor bahagian, bersama dengan keadaan fizikal, dimensi serta pembinaan serpihan tersebut telah mengesahkan ia sebahagian daripada flap ­sebuah pesawat Boeing 777.

Beliau menambah, pihak pengeluar dari Itali juga telah mengesahkan bahawa semua nombor pada serpihan tersebut adalah nombor siri flap yang sama dihantar ke Boeing iaitu nombor 404.

Katanya, pengeluar turut me­ngesahkan bahawa nombor 404 telah diserahkan kepada MAS dan didaftarkan sebagai 9M-MRO. Oleh itu, pesawat ini dikenali sebagai MH370.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China