Cari:
Najib: Program Transformasi Ekonomi Buahkan Hasil
2016-09-18 14:21:43 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini di Kuala Lumpur menyatakan bahawa program transformasi ekonomi (ETP) mula menampakkan hasil. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai skim pembangunan dalam tahun-tahun kebelakangan ini sehingga menjadi asas yang mampu mengukuhkan ekonomi negara.

Najib berkata, kerajaan telah melaksanakan rancangan MRT 2 dan 3 untuk memudahkan perjalanan orang awam. Di samping itu, rancangan kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur, Singapura dan beberapa bandar utama pasti akan mendorong pembangunan ekonomi bandar-bandar dalam laluan ini.

Tegas Najib, walaupun kerajaan selalu menerima kritikan, namun keazaman kerajaan untuk berkhidmat untuk rakyat dan mengembangkan ekonomi tidak akan berubah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China