Cari:
Media Thailand dan Indonesia Sanjung Tinggi Sidang Kemuncak G20
2016-09-18 14:41:42 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang berakhir di Hangzhou, China baru-baru ini mencapai kejayaan yang cemerlang. Media Thailand dan Indonesia masing-masing menyatakan bahawa China dan pihak-pihak berkenaan mencapai siri konsensus demi menangani masalah ekonomi yang dihadapi seluruh dunia.

Akhbar Post Today Thailand, menerbitkan rencana yang menyatakan bahawa Thailand iaitu negara pengerusi bergilir Kumpulan 77 (G77) tahun ini, dalam situasi integrasi ekonomi dunia, sidang kemuncak G20 telah menggariskan hala tuju demi G77 dan turut mempercepat proses pembangunan G77 dan Agenda Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030.

Akhbar Kompas Indonesia pula menerbitkan artikel yang menyatakan bahawa negara-negara di dunia kini menghadapi cabaran yang kritikal ketika pemulihan ekonomi dunia. Situasi ekonomi global dan geopolitik juga menghadapi unsur ketidaktentuan pada masa ini. Persepakatan yang tercapai dalam sidang kemuncak G20 dianggap sebagai penyelesaian demi menangai kemorosotan ekonomi dunia dan membantu menggalakan ekonomi yang inovatif, berkongsi dan inklusif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China