Sekurang-kurangnya 13 orang maut, manakala 19 lagi cedera apabila sebuah bot yang membawa kira-kira 100 penumpang karam di Sungai Chao Phraya, wilayah Ayutthaya, Thailand semalam.
Pihak polis telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejurus selepas insiden itu berlaku, namun menghadapi kesulitan kerana arus sungai yang deras.
Angka kematian akibat insiden itu dijangka akan terus meningkat.