Kementerian Kesihatan Singapura sedang menimbang rancangan menubuhkan sebuah program pengawasan kebangsaan untuk memantau perkembangan bayi yang dilahirkan wanita hamil yang dijangkiti Zika.
Kementerian itu memantau dengan teliti wanita hamil yang disahkan dijangkiti virus Zika, kata laporan itu pada lewat Jumaat.
Menurut kementerian, sejumlah 16 wanita hamil disahkan dijangkiti virus Zika di Singapura, hampir sebulan sejak kes jangkitan tempatan Zika yang pertama dikesan pihak berkuasa.
Para doktor yang merawat wanita hamil itu sentiasa membuat susulan dengan mereka untuk menyediakan kaunseling dan sokongan, kata laporan itu.
---Utusan