Cari:
Malaysia: Bendung Aliran Pemikiran Ekstremis
2016-09-25 14:29:39 CRI Cetak

Malaysia hari ini mengingatkan dunia bahawa perjuangan menentang keganasan tidak boleh dimenangi melalui kekerasan semata-mata tetapi berupaya dikekang melalui pembinaan rangkaian di semua peringkat masyarakat untuk membendung aliran pemikiran ekstremis.

Membangkitkannya pada kemuncak sesi perbahasan ke­tua-ketua kerajaan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-71 di sini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad ­Zahid Hamidi menegaskan, elemen keganasan daripada perspektif ideologi boleh dikekang ­de­ngan menangani punca isu yang boleh dimanipulasi untuk menarik masyarakat menyokong kumpulan terbabit.

Untuk menjayakan matlamat ini, kata beliau, mana-mana ­negara perlu meneroka penyele­saian baharu dengan berusaha secara berterusan meningkatkan rangka kerja undang-undang domestik memerangi keganasan yang me­rentasi kepelbagaian masyarakat.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China