Cari:
Mesyuarat MPS China-Vietnam ke-5 di Hanoi
2016-09-26 11:49:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam (MPS) China, Guo Shengkun dan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam yang juga Menteri MPS, To Lam telah mempengerusikan Mesyuarat MPS China-Vietnam ke-5 mengenai kerjasama pembanterasan jenayah di Hanoi, Vietnam pada 25 September lalu.

Menurut Guo Shengkun, kedua-dua pihak diharap dapat terus memperkasakan kerjasama untuk membanteras dan memerangi sebarang bentuk keganasan, pengedaran dan penyeludupan dadah, pemerdagangan wanita dan kanak-kanak, serta penipuan telekomunikasi, selain mengadakan interaksi dan kerjasama antara MPS kedua-dua negara, sekali gus berusaha mempertahankan keselamatan dan kestabilan kedua-dua negara dan serantau.

To Lam pula berkata, MPS Vietnam bersedia untuk terus mengintensifkan komunikasi strategik dengan MPS China, di samping mengambil langkah-langkah yang efisien untuk mempergiat kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara dalam usaha membanteras jenayah dan memelihara kestabilan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China