Cari:
Jangan Campur Kempen Perangi Jenayah di Filipina
2016-09-26 11:54:35 CRI Cetak

Menteri Luar Filipina, Perfecto Yasay memberi­tahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Presiden Rodrigo Duterte mene­rima mandat dan seharusnya dunia tidak perlu masuk campur dalam kempennya me­merangi jenayah di negara itu.

Ketika bercakap dalam Perhimpunan Agung PBB di New York, Yasay berkata, kerajaan Filipina bersungguh-sungguh untuk membebaskan negara tersebut daripada rasuah dan kegiatan jenayah termasuk pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Duterte dalam kempen pilihan raya Presiden bersumpah untuk menghapuskan dadah dan jenayah di negara ini sekiranya memenangi pilihan raya itu. Sejak beliau menjawat jawatan Presiden, menurut polis, dalam tempoh 11 minggu yang lalu, hampir 3,000 orang terbunuh dalam kempen memerangi dadah Duterte sehingga menerima kritikan meluas antarabangsa, khususnya PBB. Kritikan PBB itu mengundang kema­ra­han Duterte sehingga beliau me­ngundang Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Kesatuan Eropah (EU) menyiasat tindakan kekerasannya itu.

Tambah Yasay, Duterte telah mendapat "mandat yang tidak pernah berlaku sebelum ini", dan bagi Duterte, kepercayaan yang diberikan itu adalah "suci" dan tidak boleh dilanggar. Penduduk Filipina mengagumi tindakan Duterte mengecam pemimpin berprofil tinggi termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan PBB.

Yasay berkata, Manila akan kekal menjadi rakan kongsi yang bertanggungjawab terhadap ma­syarakat antarabangsa, komi­ted kepada kedaulatan undang-undang, selain mematuhi keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) yang memihak kepada Fili­pina berhubung dengan tuntutan di Laut China Selatan.

Sumber dari Utusan Malaysia

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China