Cari:
Ekspo Pelancongan dan Pernigaan Antarabangsa ke-3 di Sichuan
2016-09-26 14:58:30 CRI Cetak

Ekspo Pelancongan dan Pernigaan Antarabangsa Sichuan ke-3 yang berlangsung selama enam hari telah bermula di bandar Emeishan, Leshan Sichuan pada 23 September lalu.

Menteri Kebudayaan Thailand, Vira Rojpojchanarat mengetuai delegasi mengambil bahagian dalam ekspo kali ini sempena pemilihan Thailand selaku negara tamu.

Setiausaha Jawatankuasa Sichuan Parti Komunis China, Wang Dongming ketika menemui Vira berkata, pertukaran dan kerjasama antara Sichuan dengan Thailand dalam pelbagai bidang semakin meningkat, manakala jumlah perdagangan import eksport antara Sichuan dengan Thailand mencatat USD610 juta dari bulan Januari hingga Ogos tahun ini, dengan jumlah import dari Thailand mencatat USD180 juta, meningkat 63.25 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berharap kedua-dua pihak dapat terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama, menyempurnakan mekanisme dialog peringkat tinggi, memperkukuh kerjasama kebudayaan, pendidikan dan pertanian, khususnya pelancongan agar mencapai kemajuan baharu.

Vira yakin pertukaran lawatan dan kerjasama antara Thailand dengan provinsi Sichuan akan terus meningkat pada masa depan dan kedua-dua pihak akan bersama-sama menggalakkan perkembangan kebudayaan dan pelancongan.

Negara lain yang turut diundang untuk menyertai ekspo kali ini termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China