Pada pukul 9.00 pagi tadi, rali kereta antarabangsa "Jalur dan Laluan-Yunnan yang Berwarna-warni" telah dirasmikan di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Dianchi Kunming, Yunnan China.
Para peserta akan merentasi Laos, Myanmar, Thailand, Malaysia dan Singapura dalam tempoh 19 hari, dengan jarak perjalanan sejauh lapan ribu kilometer.
Konvoi yang terdiri daripada 45 buah kenderaan itu dijangka tiba semula di Kunming pada 14 Oktober.