Latihan mencari dan menyelamat (SAR) maritim China-ASEAN yang dihadiri para peserta dari China, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar dan Brunei Darussalam telah diadakan di Guangzhou China hari ini.
Latihan tersebut merupakan operasi kerjasama pragmatik antara China dengan negara ASEAN untuk melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), memperkasakan kerjasama dalam operasi SAR maritim dan meningkatkan kemampuan respons kecemasan.
Menurut maklumat, latihan kali ini akan mensimulasikan perlanggaran antara kapal Myanmar dengan kapal Kemboja, manakala China dan negara ASEAN akan menjalankan operasi menyelamat.