Cari:
Aktiviti "Kenali China, Jelajahi Indonesia" Dirasmikan di Jakarta
2016-09-28 13:43:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perasmian aktiviti "Kenali China, Jelajahi Indonesia" anjuran Jabatan Penerangan Dewan Negara China dan Kedutaan Besar China di Indonesia telah diadakan di Jakarta pada 27 September lalu.

Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran sosiobudaya, di samping memupuk rasa saling memahami antara China dengan Indonesia.

Forum Media China-Indonesia turut diadakan pada 28 September, dalam tempoh aktiviti yang berlangsung selama seminggu itu.

Aktiviti "Kenali China" yang telah berjaya diadakan di berpuluh-puluh negara di seluruh dunia dianggap sebagai jendela dan platform utama untuk mendorong pertukaran kebudayaan dan rasa saling memahami antara China dengan pelbagai negara lain.

Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng berkata, aktiviti tersebut membolehkan rakyat Indonesia merasai dan menghayati keghairahan dan visi rakyat China mengenai pembangunan, kehidupan dan masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China