Pegawai kerajaan, pakar dan sarjana dari China dan negara-negara ASEAN berharap agar kerjasama kapasiti pengeluaran antara bandar-bandar China-ASEAN dapat terus diintensifkan dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) untuk mewujudkan situasi menang-masing dan pembangunan bersama.
Sempena memperingati ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN, Forum Datuk Bandar China-ASEAN ke-2 telah diadakan di Nanning, Guangxi China dengan tema "Jalan Sutera Maritim Abad ke-21-Pembentukan Komuniti Bandar China-ASEAN".
Forum tersebut akan menumpukan perhatian kepada kerjasama dalam pelbagai bidang melalui pelbagai saluran antara bandar-bandar di China dengan negara ASEAN.