Cari:
Mesyuarat Kerjasama Keselamatan Penguatkuasaan Undang-undang China-Myanmar ke-5
2016-09-28 17:24:30 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam (MPS) China, Guo Shengkun bersama-sama dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Myanmar, Kyaw Tint Swe mempengerusikan Mesyuarat Kerjasama Keselamatan dan Penguatkuasaan Undang-Undang China-Myanmar ke-5, di Naypyidaw semalam.

Guo Shengkun dalam mesyuarat itu berkata, usaha untuk meningkatkan kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang adalah selaras dengan kepentingan bersama dan aspirasi rakyat kedua-dua negara. Agensi kedua-dua negara yang berkaitan perlu memperkasakan kerjasama dalam memerangi keganasan dan penyalahgunaan dadah, menjamin keselamatan projek-projek besar dan meningkatkan kawalan sempadan.

Selain itu, kedua-dua pihak perlu mengintensifkan kerjasama dalam rangka kerja pelbagai hala termasuk mengadakan rondaan dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di kawasan pengaliran Sungai Mekong dan bersama-sama meningkatkan keupayaan untuk mengatasi jenayah rentas sempadan dan keganasan di rantau ini.

Kedua-dua pihak juga perlu meningkatkan pertukaran lawatan dan latihan yang melibatkan jabatan penguatkuasaan undang-undang dan sekolah polis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China