Berpuluh-puluh wakil media arus perdana China dan Indonesia bersama-sama membincangkan model dan kaedah terkini dalam usaha untuk menjalinkan interaksi dan kerjasama antara media dalam konteks baharu pada ketika ini.
Li Zhihui, pegawai dari Jabatan Penerbangan Dewan Negara China dalam forum kali ini mengemukakan saranan bahawa media China dan Indonesia perlu mewariskan "semangat Bandung", selain merakamkan dan mencatat segala kemajuan yang telah dicapai dalam proses perkembangan hubungan antara kedua-dua negara, sekali gus mempergiat hubungan bilateral China dan Indonesia berkembang ke arah yang lebih positif dan sihat.