Cari:
Najib Komited Malaysia Lebih Berdaya Saing
2016-09-30 15:31:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk terus meningkatkan lagi daya saing Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, disokong oleh Model Baharu Ekonomi (MBE) yang diumumkan pada 2010.

Tambah Najib, dasar dalam dan luar negara beliau, adalah bertujuan untuk menjadikan Malaysia destinasi lebih berdaya saing, produktif dan mesra pelabur, di samping mendahulukan keperluan rakyat.

Najib, yang baru pulang ke Malaysia selepas lawatan rasmi selama tiga hari ke Jerman sejak Isnin berkata, banyak perkara positif yang boleh diambil daripada Laporan Daya Saing Global (GCR) tahunan Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini.

Rabu lalu, Malaysia disenaraikan pada kedudukan yang patut dipuji, iaitu ke-25 daripada 138 ekonomi, namun menurun daripada tangga ke-18 tahun lepas.

(sumber: Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China