Cari:
ASEAN Lebih Terdedah kepada Ancaman Daesh
2016-10-02 15:18:33 CRI Cetak

Ancaman ektremis yang ditimbulkan pengganas Daesh serta kumpulan militan lain terhadap Asia Tenggara semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asia Tenggara bersama Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Ashton Carter di Hawaii Jumaat lalu.

Kata Dr Ng, lebih 1,000 orang warga Asia Tenggara telah menyertai Daesh di Iraq dan Syria. Kini, keadaan dan ancaman dari pengganasan pelampau telah meningkat. Mereka kini lebih tersusun, mempunyai lebih banyak jaringan, dan lebih jelas dalam meluahkan apa yang mahu dicapai.

Dalam pada itu, pihak berkuasa pertahanan AS per­caya, ratusan warga Asia Tenggara sudah pulang ke negara asal mereka setelah menyertai Daesh di Iraq dan Syria, membangkitkan kebimbangan bahawa mereka mungkin cuba melancarkan gelombang demi gelombang serangan pada bila-bila masa sahaja.

Dr Ng berkata, para ketua pertahanan di Asia Tenggara percaya bahawa sekiranya Daesh dihapuskan di kubu kuatnya di Iraq dan Syria, ini sebenarnya akan meningkatkan risiko terhadap rantau itu dalam jangka pendek, kerana para pejuang Daesh yang berpengalaman berkemungkinan akan pulang ke negara asal.

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China