Cari:
Sultan Brunei Melawat Malaysia
2016-10-04 15:17:26 CRI Cetak

Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah memulakan lawatan selama tiga hari ke Malaysia, Isnin lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan rasmi Sultan Hassanal itu dilakukan sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-20 antara Malaysia dengan Brunei.

Dikatakan, rundingan tersebut merupakan acara penting bagi kedua-dua negara kerana ia adalah platform peringkat tertinggi bagi perbincangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Wisma Putra berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan lawatan Sultan Brunei itu sebagai susulan kepada rundingan tahun lalu dalam usaha untuk terus memupuk dan mengukuhkan lagi kerjasama yang sekian lama terjalin antara kedua-dua negara.

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China