Cari:
Tinjauan Pendapat: 76% Puas Hati Prestasi Duterte
2016-10-07 13:06:38 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dinilai sebagai "amat baik" dalam satu tinjauan pendapat bebas sempena tiga bulan beliau menyandang jawatan pemimpin nombor satu negara itu, berikutan kempen memerangi dadah anjuran beliau yang mengakibatkan lebih 3,000 orang suspek dibunuh serta pelbagai kenyataan kontroversi yang dilemparkan kepada dunia Barat.

Tinjauan pendapat yang dijalankan oleh agensi Stesen Cuaca Sosial (SWS) mendapati 76 peratus responden berpuas hati dengan prestasi Duterte sejak beliau berkuasa pada hujung Jun lalu, manakala hanya 11 peratus responden tidak berpuas hati dengan pentadbirannya dan 13 peratus lagi memilih untuk berkecuali.

Organisasi kaji selidik bukan kerajaan itu membuat tinjauan terhadap 1,200 orang responden dewasa di seluruh negara bermula pada 24 hingga 27 September lalu. Keputusan tinjauan pendapat itu memberi Duterte penilaian kepuasan sebanyak 64 peratus, iaitu prestasinya bagi tempoh perkhidmatan tiga bulan pertama lebih baik berbanding presiden terdahulu termasuk Benigno Aquino, Joseph Estrada dan Gloria Macapagal Arroyo.

Sejak berkuasa, Duterte menunaikan janji untuk memerangi jenayah dan dadah yang sudah meragut 3,400 nyawa setakat ini, sehingga mengundang kritikan yang hebat daripada dunia Barat dengan alasan presiden itu mencabuli hak asasi manusia. Gaya kasar dan ledakan kata-kata yang pedas terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) tidak menjatuhkan imejnya, namun pendirian yang tegas, sebaliknya, membantu beliau meraih populariti di seluruh Filipina dan menerima sokongan yang semakin banyak.

Pejabat Presiden Filipina semalam menegaskan bahawa keputusan tinjauan SWS berkenaan menunjukkan populariti Duterte melonjak dan membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepemimpinannya selepas beliau berjanji untuk membasmi jenayah dan dadah dalam tempoh selama tiga bulan lalu. Jurucakap Ernie Abella mendakwa, rakyat Filipina melihat presiden pilihan mereka sedang menepati komitmen dan menunaikan tanggungjawabnya. Menteri Penerangan Martin Andanar menyifatkan keputusan tinjauan pendapat tersebut sebagai memang tidak di luar jangkaan, dan prestasi Duterte dalam tempoh tiga bulan pemerintahannya telah mendapat pengiktirafan majoriti besar rakyat.

Presiden Rodrigo Duterte ketika berucap di ibu pejabat polis semalam mengulangi lagi pendiriannya bahawa beliau tidak akan menjangka AS dan EU memberhentikan melemparkan kritikan tajam mereka terhadap operasi Filipina dalam memerangi dadah di seluruh negara, sekali gus enggan mengorbankan maruah dan masa depan negara demi memperoleh bantuan asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China