Cari:
Serpihan di Pulau Mauritius Milik MH370
2016-10-08 14:46:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Serpihan yang ditemukan di Pulau Mauritius pada Mei lalu sah milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam berkata, keputusan itu diperoleh hasil siasatan serta analisis menyeluruh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) terhadap nombor pengeluaran dan jenis serpihan berkenaan yang sepadan dengan pesawat 9M-MRO, milik MH370.

Beliau berkata, beberapa bahagian nombor pada serpihan tersebut telah disahkan sebahagian daripada flap sebuah pesawat Boeing 777.

Pihak pengeluar juga telah mengesahkan semua nombor di bahagian tersebut adalah berkaitan dengan nombor siri flap yang sama dihantar, iaitu nombor 404.

Tambah Tiong Lai, serpihan berkenaan merupakan pengesahan terbaharu yang telah diperiksa, dianalisis dan dikenal pasti sebagai sebahagian daripada pesawat MH370 selepas serpihan seumpamanya yang dijumpai di Tanzania pada 20 Jun lalu turut disahkan milik pesawat itu pada bulan September lalu.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 bersama-sama dengan 239 penum­pang dan anak kapal setelah berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

(sumber: Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China