Cari:
Armada Tentera Laut China Tiba di Malaysia
2016-10-08 15:05:48 CRI Cetak

Kumpulan ke-23 armada China yang baru mengakhiri misi perlindungan pelayaran di Teluk Aden, Somalia telah tiba di Pelabuhan Klang, Malaysia untuk memulakan kunjungan muhibah selama lima hari.

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang telah mengetuai rombongan staf Kedutaan China, wakil-wakil syarikat China, pelajar dan perantau China untuk menyambut ketibaan armada berkenaan di Pelabuhan Klang bersama-sama dengan wakil Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Komander armada China, Wang Hongli menyatakan bahawa lawatan armada China adalah untuk meningkatkan pertukaran dan rasa saling mempercayai antara tentera laut China-Malaysia serta memperkukuh persahabatan ketenteraan kedua-dua negara.

Difahamkan, dalam tempoh lawatan kali ini, armada China akan mengadakan siri aktiviti seperti hari terbuka armada serta aktiviti pertukaran dalam kalangan pegawai dan tentera kedua-dua negara, di samping mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah rendah tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China