Cari:
Filipina-AS Gantung Kerjasama Rondaan Maritim
2016-10-08 15:48:32 CRI Cetak

Filipina semalam secara rasmi menggantung rondaan bersama di kawasan perairan Laut China Selatan dengan Amerika Syarikat (AS) selepas mendapat arahan daripada Presiden, Rodrigo Duterte.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana berkata, Washington sudah dimaklumkan tentang perkembangan terbaharu itu.

Menurut Lorenzana, Presiden Duterte mahu latihan ketenteraan bersama kedua-dua negara yang diadakan sebanyak 28 kali setahun itu dihentikan. Beliau menegaskan bahawa jika AS membatalkan bantuan ketenteraan terhadap Filipina, tentera Filipina masih mampu untuk mengatasi masalah tersebut.

Dalam sebuah forum media di Manila, Lorenzana mendedahkan bahawa AS memberikan bantuan ketenteraan kepada Filipina sebanyak USD50 juta hingga 100 juta setahun, termasuk USD30 juta untuk mengadakan latihan ketenteraan bersama.

Tambah Lorenzana, Presiden Duterte membuat keputusan tersebut kerana mahu mengurangkan kebergantungan terhadap AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China