Komuniti perniagaan Myanmar menyambut baik keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk membatalkan sekatan terhadap Myanmar dan berharap agar langkah itu dapat menggalakkan pembangunan sektor kewangan dan keseluruhan ekonomi negaranya.
Sarjana ekonomi Myanmar, Soe Thein ketika diwawancara oleh wartawan semalam menyatakan bahawa keputusan AS itu berfaedah kepada pembangunan industri perbankan dan kewangan Myanmar. Maka, institusi kewangan Myanmar perlu memanfaatkan peluang keemasan tersebut.
Seiring dengan pembatalan sekatan terhadap Myanmar, perkembangan industri batu jed dan barang kemas akan dipulihkan semula. Menurut Pegawai Persatuan Pengusaha Batu Permata Myanmar, perkara tersebut akan mencipta lebih banyak peluang untuk eksport barang kemas Myanmar.