Cari:
Malaysia Berhasrat Jadi "Raja Coklat"
2016-10-09 14:38:37 CRI Cetak

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Seri Mah Siew Keong menyatakan bahawa kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran koko agar Malaysia berkembang menjadi "Raja Coklat" di Asia.

Beliau menyatakan bahawa industri koko menyumbang kira-kira RM1.57 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tahun lalu, dan menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir 25,000 warga tempatan di pelbagai bidang sektor huluan dan hiliran koko. Selain itu, jumlah eksport koko Malaysia pada tahun 2015 mencatat RM5 bilion, merupakan rekod tertinggi pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Datuk Seri Mah Siew Keong, sehingga kini terdapat 49 kilang coklat dan konfeksi koko serta 185 usahawan coklat tempatan beroperasi di seluruh negara dengan nilai jualan dianggarkan sebanyak RM720 juta. Produk koko juga kini mempunyai pasaran yang luas di dalam negara, selain telah dieksport ke lebih 100 destinasi di seluruh dunia.

Tambah beliau, penjenamaan koko Malaysia dan pengeluaran produk halal berasaskan koko berpotensi menjadikan negara tersebut sebagai pengeluar dan pemproses koko berkualiti, di samping mampu bersaing dengan produk keluaran negara lain dan meneroka pasaran di Asia Barat, Eropah Timur dan Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China