Kementerian Luar China semalam mengumumkan agenda lawatan Presiden Xi Jinping ke Kemboja.
Penolong Menteri Luar, Kong Xuanyou berkata, semasa berada di Kemboja, Presiden Xi dijadualkan melakukan kunjungan hormat terhadap Raja Norodom Sihamoni, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Hun Sen dan menyaksikan upacara pemeteraian perjanjian kerjasama kedua-dua negara.
Kong menyifatkan lawatan Presiden Xi ke Kemboja kali ini sebagai amat signifikan kerana bakal mengeratkan ikatan persahabatan kedua-dua negara yang telah terjalin sejak sekian lama, di samping memperkasakan kerjasama strategik secara menyeluruh.