Cari:
Indonesia Rugi RM83 Bilion Setahun Ekoran Penangkapan Ikan Secara Haram
2016-10-12 15:09:49 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo menyatakan bahawa negara itu me­ngalami kerugian mencecah USD20 bilion (RM83.5 bilion) setahun akibat kegiatan penangkapan ikan secara haram dalam kawasan perairannya.

Pemimpin yang lebih dikenali dengan nama Jokowi itu, ketika berucap pada pembukaan Simposium Jenayah Perikanan Antarabangsa di bandar raya Yogyakarta, kelmarin, berkata, kegiatan haram berkenaan menyebabkan 65 peratus terumbu karang di Indonesia terdedah kepada risiko pupus.

Menurut beliau, laut menjadi periuk nasi kepada 520 juta penduduk di seluruh dunia dan kegiatan penangkapan ikan secara haram menyebabkan sumber ikan global berkurangan sebanyak 90.1 peratus.

Oleh itu, Jokowi menegaskan bahawa kerjasama global perlu digembleng bagi mengekang kegiatan penangkapan ikan secara haram.

Memetik statistik Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Indonesia adalah pengeluar ikan laut kedua terbesar di dunia pada tahun 2014 dengan tangkapan 6 juta tan atau 6.8 peratus daripada jumlah tangkapan global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China