Malaysia dan Thailand sedang membincangkan projek kereta api laju (HSR) dari Kuala Lumpur ke Bangkok bagi meningkatkan hubungan ekonomi dan pertukaran lawatan rakyat kedua-dua negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendedahkan perkara tersebut ketika berucap dalam majlis penutupan Ekspo Ekonomi dan Perdagangan Sempadan ASEAN pada awal bulan ini.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia dan Thailand telah mencapai perjanjian untuk membina sebuah jambatan baharu yang menyambungkan Pengkalan Kubor, Kelantan Malaysia dengan Tak Bai, wilayah Narathiwat Thailand pada tahun depan.
Menurut anggaran, jambatan baharu itu memerlukan dana sebanyak RM70 juta.