Cari:
Hun Sen: Lawatan Xi Memperkasakan Perkongsian Strategik Kemboja-China
2016-10-13 14:07:44 CRI Cetak

Sempena Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah diwawancara oleh media China di Phnom Penh baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi kali ini akan memperkukuh persahabatan tradisional antara kedua-dua negara ini dan pasti akan menggalakkan perkongsian strategik Kemboja-China melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Hun Sen menyatakan bahawa persahabatan tradisional antara Kemboja dengan China terjalin bersama oleh pemimpin generasi lama. Hubungan persahabatan dan kerjasama Kemboja-China berdasarkan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai dan situasi menang-menang. Dalam tempoh 25 tahun lalu, hubungan persahabatan Kemboja-China mencapai kejayaan cemerlang, selain kerjasama dalam pelbagai bidang terus diintensifkan. Kemboja dan China telah menubuhkan hubungan perkongsian strategik komprehensif pada tahun 2010. Suruhanajya Penyelarasan Antara Kerajaan Kemboja-China yang ditubuhkan pada tahun 2014, telah mengadakan tiga mesyuarat dengan jayanya. Kini, kedua-dua pihak sedang aktif membuat persiapan untuk mesyuarat keempat yang dijadualkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan di Kemboja.

Menurut beliau, pertukaran lawatan peringkat tinggi antara Kemboja dengan China kian meningkat, dan ini menunjukkan hubungan kerjasama yang rapat antara kedua-dua negara ini. Kemboja dan China akan terus memelihara hubungan persahabatan ini, selain merapatkan kerjasama multilateral dalam rangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersama (PBB), ASEAN, Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM), dan mekanisme Sungai Lancang-Mekong. Kini, Kemboja dan China masing-masing menghadapi pelbagai cabaran serantau dan antarabangsa yang melibatkan pembangunan ekonomi, keselamatan serantau, keganasan dan perubahan iklim. Kedua-dua negara ini perlu mengintensifkan kerjasama, dan menyelesaikan isu yang menjadi perhatian bersama supaya mewujudkan situasi menang-menang dan menyumbangkan tenaga kepada keamanan, ketenteraman dan kemakmuran serantau dan dunia.

Tahun ini ialah tahun ke-3 setelah China mengemukakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). China dan Kemboja telah mencapai hasil yang cemerlang dalam perkongsian strategik pembangunan negara.

Menurut Hun Sen, B&R bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan negara, memberikan sokongan pembinaan kemudahan infrastruktur negara terlibat, memperkasakan kerjasama perdagangan dan kewangan, dan menggalakkan kemakmuran bersama. Pihaknya memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China