Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan melawat China. Lawatan beliau diharap dapat menjernihkan semula hubungan kedua-dua negara.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam.
Beliau berkata, Presiden China, Xi Jinping bakal mengadakan rundingan dengan Duterte, dan kedua-dua pemimpin akan bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dua hala, kerjasama dalam pelbagai bidang, serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.
Selain itu, Perdana Menteri, Li Keqiang dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Zhang Dejiang juga akan bertemu dengan Duterte.
Geng Shuang berkata, pihak China berharap agar lawatan Duterte kali ini dapat meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik, memperkasakan kerjasama pragmatik dan mengeratkan persahabatan tradisional.
Selain itu, perselisihan kedua-dua negara ini juga diharap dapat diselesaikan secara tuntas, supaya hubungan kerjasama strategik kedua-dua negara kembali pulih dan berada di landasan yang betul.