Cari:
Perkongsian Strategik Komprehensif China-Kemboja Diharap Kian Kukuh
2016-10-14 15:03:35 CRI Cetak

Beijing dan Phnom Penh sebulat suara bersetuju untuk menyemarakkan semangat muhibah antara kedua-dua negara dan menggerakkan perkongsian strategik komprehensif ke tahap yang lebih tinggi.

Persepakatan itu dicapai semasa pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Phnom Penh, semalam.

Presiden Xi menyatakan bahawa persahabatan yang bertahan lama itu adalah berkat jasa beberapa generasi pemimpin kedua-dua negara.

Beliau menghargai prestasi cemerlang China-Kemboja dalam meningkatkan rasa saling mempercayai, menjalinkan kerjasama ekonomi serta menyelaraskan tindakan dalam urusan rantau dan antarabangsa.

Presiden China ini berjanji akan terus menyalurkan bantuan sedaya mungkin kepada Kemboja untuk membangunkan negara.

Sepanjang pertemuan itu, Hun Sen menyifatkan hubungan Kemboja-China sebagai sahabat sejati yang boleh dipercayai.

Beliau berharap agar perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara dapat diperkukuh lagi menerusi lawatan Presiden Xi berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China