Cari:
Dunia Beri Penghormatan kepada Raja Bhumibol
2016-10-14 15:08:56 CRI Cetak

Pemimpin-pemimpin dunia memberi penghormatan kepada Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat petang semalam.

Setiuasaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memuji dedikasi yang ditunjukkan Raja Bhumibol terhadap Thailand dan legasi baginda sebagai pemimpin yang menyatukan negara, sekali gus dihormati oleh seluruh dunia.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam kenyataan semalam memuji pemerintahan baginda sebagai rakan rapat dan sekutu AS.

Pemimpin negara jiran, Malaysia turut berkongsi kesedihan terhadap kemangkatan Raja Bhumibol.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebook mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, dan memuji baginda sebagai lambang tertinggi perpaduan dan sumbangan baginda kepada Thailand dan seluruh rantau ini, melebihi kata-kata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China