China sentiasa menghargai persahabatan yang terjalin erat dengan keluarga Diraja Kemboja dan mengambil berat tentang pengukuhan hubungan bilateral.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Raja Kemboja, Norodom Sihamoni di Phnom Penh, semalam.
Xi berkata, persahabatan tradisional Beijing-Phnom Penh yang kekal utuh hingga kini adalah atas jasa beberapa generasi pemimpin China dengan mendiang Raja Norodom Sihanouk.
Demi mengukuhkan lagi kemesraan tersebut, China komited untuk terus menyumbangkan tenaga dalam mendorong perkongsian strategik komprehensif dengan Kemboja hingga mewujudkan kemakmuran bersama dan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Dalam pada itu, Raja Sihamoni, yang mewakili keluarga Diraja, kerajaan dan seluruh rakyat jelata, mengalu-alukan lawatan Presiden Xi ke Kemboja, dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu China dalam membantu negara itu membangunkan sosioekonomi.
Raja Sihamoni bertitah bahawa baginda sangat gembira melihat hubungan kedua-dua negara berkembang dengan baik serta berpuas hati dengan pencapaian cemerlang dalam kerjasama kedua-dua pihak dalam politik, ekonomi dan kebudayaan.