Cari:
Najib: 2017 Tahun Ekonomi Internet Malaysia
2016-10-14 16:43:52 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima pemangkin strategik bagi menjadikan 2017 sebagai Tahun Ekonomi Internet untuk Malaysia.

Najib berkata, lima pemangkin untuk agenda berkenaan adalah mikrokosma fizikal, pembiayaan modal berisiko, perhubungan, pembangunan bakat dan rangka kerja kawal selia.

Menurut beliau, Hab Digital Malaysia juga akan diwujudkan untuk menyokong mikrokosma fizikal iaitu satu kluster bagi ekonomi internet yang terdiri daripada syarikat-syarikat berbentuk "start-up", "scale-up" dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

PM itu turut menyempurnakan pelancaran Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan yang bermatlamat meningkatkan pertumbuhan e-dagang dalam negara daripada 10.8 peratus ketika ini kepada 20.8 peratus menjelang 2020.

Jelas Najib, bagi menjadikan ekonomi internet negara lebih berdaya saing, satu kategori baharu pekerja asing MSC akan diperkenalkan iaitu Usahawan Berpengetahuan Teknologi Asing (FKE) untuk menarik kehadiran usahawan-usahawan bertaraf global.

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China