Cari:
PM Li Keqiang Utus Kawat Takziah atas Kemangkatan Raja Thailand
2016-10-14 10:12:14 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus kawat takziah kepada rakan sejawatnya dari Thailand, Prayuth chan-o-cha atas kemangkatan raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej semalam.

Li Keqiang mewakili kerajaan dan rakyat China serta diri beliau sendiri menyampaikan rasa dukacita kepada kerajaan dan rakyat Thailand.

Dalam kawat itu beliau berkata, Raja Bhumibol Adulyadej sangat dimuliakan oleh rakyat negara itu.

Kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar kepada rakyat Thailand.

Baginda amat mengutamakan persahabatan antara Thailand dengan China dan memberikan sumbangan yang besar dalam mengembangkan persahabatan itu.

Li Keqiang berkata, China sentiasa mementingkan persahabatan dengan Thailand dan bersedia untuk bersama-sama dengan Thailand merapatkan kerjasama dalam pelbagai bidang bagi menggalakkan hubungan China-Thailand terus berkembang maju.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China